Wednesday, November 21, 2007

Kehidupan Di Politeknik Sultan Idris Shah

Hari ini, tanggal JULAI 2007 merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupku. Setelah berhempas pulas dalm menghadapi peperiksaan SPM tahun lalu, kini bermulalah kehidupan yang baru dalam hidupku. Kini aku telah bergelar pelajar IPTA. Aku telah diterima masuk ke alam IPTA iaitu alam yang sentiasa diingini setiap ibu bapa untuk melihat anak mereka masuk ke situ. Aku diterima masuk ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor. Jauh dari tempat lahir aku, jauh dari ibu bapaku, jauh dari adik beradikku, jauh dari saudara mara ku dan jauh dari rakan-rakanku. Semuanya mula berubah sejak mula masuk ke alam ini. Seolah-olah dunia ini jauh dari kehidupan yang lalu. Aku merasakan seperti dunia ini telah berubah menjadi satu dunia yang sangat mencabar dalam hidupku. Aku mula merasakan bebebanan serta tanggung jawab yang harus dipikul oleh diriku ini sebagai seorang pelajar IPTA. Pertama kali masuk di sini, sewaktu minggu orientasi aku mula terasa rindu akan kehidupanku yang lalu. Aku terfikir sejenak mengigat kembali kehidupanku yang lalu. aku terlalu rindu akan kehidupanku yang dulu. Tetapi aku cuba tabah menghadapi kehidupan yang sekarang ini, demi tidak menghampakan kedua ibu bapaku yang menaruh harapan yang tinggi menggunung padaku. InsyAllah akanku hadapi apa jua onak duri serta rintangan yang pasti akan datang dalm hidupku satu hari nanti.

No comments: